hye there
Malam ni I sorang je di rumah. Husband tak ada. Keluar bekerja. Biasalah, audit nak datang, maka gigih lah satu pejabat buat kerja amal di malam hari. Hehehe. Isteri-isteri pula buat kerja amal duduk-duduk goyang kaki. Kononnya nak tunggu sang suami pulang :)
I tengah basuh baju ni. Siang-siang hujan sekarang ni. So rasanya tak ada beza pun basuh malam ke siang. Kesian baju saya tidak terima kehangatan mentari.
By the way, I nak tunjuk sikit keadaan dapur I. Gambar diambil beberapa hari lepas. Jadi keadaan dah tak sama dengan yang hari ni. Motif explain ialah kerana malas nak bangun untuk ambil gambar lepas duduk ni. Hehe.
Tengoklah dapur I yang kosong ni. Masak pun dekat bawah je. Hehehe. Takpalah. Bersabar sedikit sahaja. :)
There goes my fridge :) Lepas operasi ni, kami cari kitchen counter pula.
Husband nak beli almari untuk dapur tu tapi I tak minat. so I amek 2 kitchen counter, jenis sama. Ada cerita juga ni. Kami dah survey. Counter tu ada 3 ukuran, 3 kaki, 4 kaki & 5 kaki dan Stove stand tu 3 kaki ukurannya. Bak kata salesperson tu la. Kami takde pula check betul-betul dengan tali tape. Silap juga sebab percaya bulat-bulat brader tu. Oh well, balik rumah, I ukur dengan husband, jarak untuk KC ada dalam 10 kaki. Oh, 5 kaki + 3 kaki, baru 8 kaki. Ngam lah. Siap ada ruang selesa lagi. Sekali, ha amek. 5 kaki jadi 6 kaki, 3 kaki jadi 4 kaki. Hasilnya fridge kena anjak ke ruang rehat sikit. Huhuh.
Tu kuali tu on display sebab I takut tak muat bila rapatkan 2-2 KC. Tengok-tengok ok je. So ok lah. Sinki je kena ubah. Oh, perasan tak paip dah bertukar? Hehehe. My plumber (read: husband) punya kerja la tu.
Eh, ok lah.
Husband dah balik ni.
I nak pi sidai pakaian tadi :)
Daa~



No comments:
Post a Comment