Tabung rumah ;)

Tuesday, June 14, 2016

Episod 2: Loan lagi.

Assalamualaikum.
Hye there!

Lupa pula nak update perihal loan ni kan.

Kami submit borang-borang/dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pemaju. Kemudian bankers call husband & kami set appointment. Masa appointment, bank officer tadi akan terangkan loan bank mereka macam mana, berapa interest rate, apa kelebihan yang mereka tawarkan - BSN offer nak bayarkan legal fee untuk loan. Semasa apointment ni kita boleh tanya macam-macam pada officer & biasanya officer akan tanya kita nak masukkan berapa nama & siapa penama kedua/ketiga tu. Selalunya penama kedua/ketiga tu merupakan pasangan/ibu/bapa. 

Penama pinjaman tak semestinya sama dengan penama SPA/S&P.

Setelah ditimbangtara, kami pun mengambil keputusan untuk buat pinjaman dengan Maybank.

Tapi sayangnya, loan kami tak lepas untuk lot rumah tepi (end lot).

Officer Maybank tersebut offer loan untuk rumah tengah (intermediate). Suami I ni nak rumah tepi. Sama ada corner lot ataupun endlot. Kami sempat survey rumah-rumah corner lot subsale (rumah secondhand) sebelum kami memikirkan tawaran pegawai Maybank tersebut.

Kami jumpa rumah corner lot yang suamiku idam-idamkan tu. Pada I, I berat sikit nak ambil rumah tu. Jangan ditanya kenapa sebab I pun tak tau (tapi rasanya sebab mengharapkan nak rumah baru). Dalam masa yang sama I duk berdoa kami dapat beli rumah baru tu. Hee~ Lagipun kami dapat save RM80k berbanding rumah tepi.

Satu hari, suami I call, kata dia nak proceed loan untuk rumah baru intermediate tu. I macam nak melompat girang gitu~ Mujur dalam office. Haha.

****

Jadi bermula episod rumah intermediate tu pula.

Sebelum berjumpa developer, I text dulu officer developer, En. Din. Katanya ada lagi beberapa lot intermediate yang kami boleh pilih. Jadi kami berdua pergilah mengadap En. Din. FYI, En. Din ni SANGAT membantu. I text dia tanyakan simplest questions (yg menghampiri nonsense pun ye gak soalan I tu) pun dia jawab.

Sesampainya kami kat galeri developer, En. Din senyum lebar sambut kami. Mukadimahnya ialah, "Saya ada berita baik." Ada satu rumah lot bumiputera yang available sebab purchaser tak dapat proceed loan. Bagi projek perumahan ni, lot bumiputera ditetapkan oleh MPS. Ada dalam 21 buah rumah je kalau tak silap. Sesetengah developer akan terus berikan bumiputera discount sekiranya pembeli merupakan bumiputera kan? Tapi yang ini tak macam tu. 

Anyway, kami jimat lagi RM40k. Jadi total penjimatan dalam RM120k.

Kami maklumkan kepada officer Maybank untuk proceed, dan tak lama kemudian, kami dimaklumkan loan kami lulus.

Seterusnya peminjam dan penama kedua/ketiga akan ke bank untuk tandatangan agreement. Kemudian bank akan hantar agreement untuk stamping. Stamping ni tujuannya untuk menjadikan agreement tadi legal. Macam kami, bank poskan agreement tadi. Dah sampai pun :)

Ada lagi nak sambung. Kami sekarang dalam proses nak claim duit KWSP & nak buat bayaran 10% kepada pemaju.

Till then ya.
Toodles!~

No comments:

Post a Comment