Tabung rumah ;)

Friday, June 7, 2013

KWSP & rumah

as-salam
hye there

Tempoh hari, dear husband (DH) I cakap dia nak keluarkan duit daripada akaun kedua KWSP untuk bayar installment rumah. 

Masa DH beli rumah ni dulu, DH cuma bayar jumlah yang sangat minimum. Kalau ikutkan cerita DH, developer bagi diskaun 10% dan fees waived. Jadi dengan loan 90% DH tak perlu bayar down payment, tak perlu bayar lawyer. Maka waktu tu DH memang tak sentuh langsung akaun kedua KWSP untuk apa-apa payment.

Jadi baru-baru ni kami buat keputusan nak keluarkan sikit duit KWSP untuk settlekan installment for a period of time. Kami pergi KWSP & disuruh diminta ke bank yang provide loan untuk dapatkan balance loan statement. Seterusnya kami sepatutnya berikan statement tersebut ke KWSP & permohonan akan diproses dalam masa 15 hari bekerja. Oh ya, isteri pun boleh keluarkan duit KWSP juga kalau nak tolong bayarkan installment rumah suami. Tak ada masalah.

Di bank, kami diberitahu statement tu akan diberi dalam masa satu bulan. *kat sini ada ralat sikit dengan cara pegawai tu layan kami. Macam kami minta derma pula dengan dia. Tapi dek kerana malas nak kecoh-kecoh jadi kami diamkan sajalah.* :| 

*update: pegawai bank tu dah call DH untuk amek statement. Jadi boleh dikatakan siap dalam 3 minggu. Isnin ni nanti boleh terus ambil statement & pergi ke KWSP. InsyaAllah next month punya installment dah tak payah bayar. Duit boleh digunakan untuk buat benda lain. Yeay!

*update: DH dah bagi bank statement pada pegawai KWSP, jadi sekarang tinggal tunggu KWSP imburse bank je lah. Oh ya, DH cakap, KWSP bagi option sama ada nak imburse kat bank yang keluarkan loan ataupun kita punya personal account. Lepas tu terpulang pada kita lah nak bayar kat bank yang keluarkan loan tu. Kami ambil jalan selamat. Kami minta KWSP imburse bank yang keluarkan loan tu terus. Bahaya pegang duit banyak-banyak ni. ;)

Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment