Tabung rumah ;)

Tuesday, June 14, 2016

Episod 2: Loan lagi.

Assalamualaikum.
Hye there!

Lupa pula nak update perihal loan ni kan.

Kami submit borang-borang/dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pemaju. Kemudian bankers call husband & kami set appointment. Masa appointment, bank officer tadi akan terangkan loan bank mereka macam mana, berapa interest rate, apa kelebihan yang mereka tawarkan - BSN offer nak bayarkan legal fee untuk loan. Semasa apointment ni kita boleh tanya macam-macam pada officer & biasanya officer akan tanya kita nak masukkan berapa nama & siapa penama kedua/ketiga tu. Selalunya penama kedua/ketiga tu merupakan pasangan/ibu/bapa. 

Penama pinjaman tak semestinya sama dengan penama SPA/S&P.

Setelah ditimbangtara, kami pun mengambil keputusan untuk buat pinjaman dengan Maybank.

Tapi sayangnya, loan kami tak lepas untuk lot rumah tepi (end lot).

Officer Maybank tersebut offer loan untuk rumah tengah (intermediate). Suami I ni nak rumah tepi. Sama ada corner lot ataupun endlot. Kami sempat survey rumah-rumah corner lot subsale (rumah secondhand) sebelum kami memikirkan tawaran pegawai Maybank tersebut.

Kami jumpa rumah corner lot yang suamiku idam-idamkan tu. Pada I, I berat sikit nak ambil rumah tu. Jangan ditanya kenapa sebab I pun tak tau (tapi rasanya sebab mengharapkan nak rumah baru). Dalam masa yang sama I duk berdoa kami dapat beli rumah baru tu. Hee~ Lagipun kami dapat save RM80k berbanding rumah tepi.

Satu hari, suami I call, kata dia nak proceed loan untuk rumah baru intermediate tu. I macam nak melompat girang gitu~ Mujur dalam office. Haha.

****

Jadi bermula episod rumah intermediate tu pula.

Sebelum berjumpa developer, I text dulu officer developer, En. Din. Katanya ada lagi beberapa lot intermediate yang kami boleh pilih. Jadi kami berdua pergilah mengadap En. Din. FYI, En. Din ni SANGAT membantu. I text dia tanyakan simplest questions (yg menghampiri nonsense pun ye gak soalan I tu) pun dia jawab.

Sesampainya kami kat galeri developer, En. Din senyum lebar sambut kami. Mukadimahnya ialah, "Saya ada berita baik." Ada satu rumah lot bumiputera yang available sebab purchaser tak dapat proceed loan. Bagi projek perumahan ni, lot bumiputera ditetapkan oleh MPS. Ada dalam 21 buah rumah je kalau tak silap. Sesetengah developer akan terus berikan bumiputera discount sekiranya pembeli merupakan bumiputera kan? Tapi yang ini tak macam tu. 

Anyway, kami jimat lagi RM40k. Jadi total penjimatan dalam RM120k.

Kami maklumkan kepada officer Maybank untuk proceed, dan tak lama kemudian, kami dimaklumkan loan kami lulus.

Seterusnya peminjam dan penama kedua/ketiga akan ke bank untuk tandatangan agreement. Kemudian bank akan hantar agreement untuk stamping. Stamping ni tujuannya untuk menjadikan agreement tadi legal. Macam kami, bank poskan agreement tadi. Dah sampai pun :)

Ada lagi nak sambung. Kami sekarang dalam proses nak claim duit KWSP & nak buat bayaran 10% kepada pemaju.

Till then ya.
Toodles!~

Jual rumah lama, beli rumah baru. Episod 1 : Loan rumah

assalamualaikum
hye there

Ok. Semangat pula nak menaip lagi sekarang.

Perihal rumah di utara sudah pun kami jual. Dapat untung juga. Kami nak gunakan untuk buat modal bayaran muka rumah baru.

Setelah berpindah ke Seremban tempoh hari, kami tinggal di rumah Mertua I di Jelebu selama 2 bulan. Selepas itu kami dapat pindah ke rumah sewa di Senawang. Kadar rumah sewa yang minima (RM300) membuatkan kami berpuas hati walaupun saiznya agak kecil terutama apabila saudara-mara datang melawat. (sekiranya hanya kami berdua, rasanya memang sedang elok saiznya tu. :) )

Pencarian untuk membeli rumah sendiri kami teruskan selepas kami mendapat duit hasil jualan rumah. Ada beberapa buah rumah yang suami I berkenan sangat. Tapi disebabkan pada masa tu kami tak ada bajet, maka kami terpaksa 'menutup mata' dengan tawaran yang ada. Rugi juga sebab ada sebuah rumah yang mempunyai kawasan halaman dan keliling yang luas, berharga dalam RM200,000. Pada zaman sekarang ni, harga macam tu memang sangat berpatutan dengan keluasan rumah tersebut. Namun rezeki untuk rumah itu tak berpihak kepada kami.

---

Dipendekkan cerita, sekitar awal bulan Mei kami ternampak iklan untuk rumah dua tingkat pada bunting yang dipasang sepanjang jalan pulang dari pejabat. Kami pergi ke galeri pemaju dan berkenan dengan sebuah rumah dua tingkat end lot. Jadi proses pun bermula.

Kami diminta untuk menyediakan 

1- salinan kad pengenalan
2- slip gaji 3 bulan terkini
3- EA form
4- penyata kwsp selama 2 tahun terkini
5- sebarang pelaburan lain - asb muka surat depan dan bahagian yang menunjukkan deposit faedah tahunan

sebanyak 4 salinan sebab pemaju baik hati nak hantarkan kepada bank-bank Maybank, BSN, Bank Islam, Public Bank.

Nak cerita pasal loan ni kemudian lah. 

Till then.
Daa~

Tuesday, December 23, 2014

: Hal rumah nak disewakan.

as-salam
hye there

Last post 7 June 2013. Hari ni dah 24 Disember 2014.

I tinggal di Seremban sekarang. Di Seremban kami terpaksa menyewa rumah. Masih belum jumpa rumah mampu milik lagi :) Rumah di Sg Petani kami buka untuk disewa. Cuma kami harapkan penyewa tu female students of UiTM. 

Faktor kami pilih pelajar perempuan UiTM disebabkan:

a) Kadang kala kami akan naik ke utara, jadi rumah tersebut akan kami jadikan ala-ala istana hinggap. Jadi kalau kata kami ke sana pada waktu cuti sem, maka kami ada tempat nak dituju.

b) Pernah jiran kat sana beritahu, dia sewakan rumahnya pada budak lelaki, rosak rumahnya. Mungkin budak lelaki ni tak pandai/tak mahu jaga rumah sewa tu.

Buat masa ni, kami decide macam ni la. Tak dinafikan ada penyewa lelaki yang okay. Harap-harap kalau ada yang memohon, kami dapat yang baik-baik :)

I rasa untuk tackle masalah ni, boleh draft agreement. Provided that we provide proper facilities for them. Kalau taknak dinding ditebuk paku, sediakan penyangkut secukupnya, ye tak? Lelaki ni selalunya suka nak menyangkut pakaian kat tempat boleh nampak & mudah. Terutamanya seluar jeans kan.

Biasalah kalau agreement ni I kena draft dulu lepas tu baru tunjuk kat DH. DH approve, boleh proceed. I ada idea juga nak kalau nak jadikan rumah ni selesa untuk students. Inspired from these (credit to butterbin.com)






Ada banyak, tapi ni antara my favourites amongst my favourites. Interesting, no?

K la. 
Till then.
Daa~

Friday, June 7, 2013

KWSP & rumah

as-salam
hye there

Tempoh hari, dear husband (DH) I cakap dia nak keluarkan duit daripada akaun kedua KWSP untuk bayar installment rumah. 

Masa DH beli rumah ni dulu, DH cuma bayar jumlah yang sangat minimum. Kalau ikutkan cerita DH, developer bagi diskaun 10% dan fees waived. Jadi dengan loan 90% DH tak perlu bayar down payment, tak perlu bayar lawyer. Maka waktu tu DH memang tak sentuh langsung akaun kedua KWSP untuk apa-apa payment.

Jadi baru-baru ni kami buat keputusan nak keluarkan sikit duit KWSP untuk settlekan installment for a period of time. Kami pergi KWSP & disuruh diminta ke bank yang provide loan untuk dapatkan balance loan statement. Seterusnya kami sepatutnya berikan statement tersebut ke KWSP & permohonan akan diproses dalam masa 15 hari bekerja. Oh ya, isteri pun boleh keluarkan duit KWSP juga kalau nak tolong bayarkan installment rumah suami. Tak ada masalah.

Di bank, kami diberitahu statement tu akan diberi dalam masa satu bulan. *kat sini ada ralat sikit dengan cara pegawai tu layan kami. Macam kami minta derma pula dengan dia. Tapi dek kerana malas nak kecoh-kecoh jadi kami diamkan sajalah.* :| 

*update: pegawai bank tu dah call DH untuk amek statement. Jadi boleh dikatakan siap dalam 3 minggu. Isnin ni nanti boleh terus ambil statement & pergi ke KWSP. InsyaAllah next month punya installment dah tak payah bayar. Duit boleh digunakan untuk buat benda lain. Yeay!

*update: DH dah bagi bank statement pada pegawai KWSP, jadi sekarang tinggal tunggu KWSP imburse bank je lah. Oh ya, DH cakap, KWSP bagi option sama ada nak imburse kat bank yang keluarkan loan ataupun kita punya personal account. Lepas tu terpulang pada kita lah nak bayar kat bank yang keluarkan loan tu. Kami ambil jalan selamat. Kami minta KWSP imburse bank yang keluarkan loan tu terus. Bahaya pegang duit banyak-banyak ni. ;)

Alhamdulillah :)

Monday, March 18, 2013

Pallet love~

as-salam
hye there

Hari ni I terjumpa satu gambar yang buat I excited. Terus I google kayu pallet. Kayu pallet ni kalau tak silap I boleh dibeli dari kilang kayu. Kalau ikutkan harganya mungkin dalam RM20-RM40 satu set yang baru. Kalau u pandai cari, u boleh dapat satu blok dengan harga serendah RM8 (tapi harga macam ni ada kemungkinan re-cycled pallet wood. Unless u nak borong banyak-banyak :) ) Oh ya, selain daripada kayu, pallet ni ada daripada jenis plastik juga.

I sebetulnya pun belum mula mencari kayu pallet ni. Hm, nak kena pujuk husband lah pergi recce kat kilang kayu yang ada dekat-dekat sini. Harap-harap husbandku itu rajin nak tolong tengokkan :)

Sebelum tu, I nak tunjuk jenis & saiz kayu pallet ni :)









source: IPTS

Gigih I cut & paste satu-satu sebab tak muat nak printscreen semua sekali. Lol. Ok, sekarang I nak share apa yang buat I gembira sangat tu. This is the fun part.

Coffee table




Bed platform


Sofa/Sofa bed


Yang ini best. I rasa kalau letak dekat depan tv, best jugak kan? :)

Kitchen department

Yang ni I rasa ada feeling Ikea-like-product to it.


Nak cara buat? Nah.



Something for the pets?



There are more to these! Oh my. I have fallen head over heels for this! But I won't say when I will DIY mine. I personally wish it would be some time soon! :D

Ok la. 
Till then!
Daa~

Saturday, March 9, 2013

Penyimpan sabun & penyapu

as-salam
hye there

I tak dapat nak tunjukkan gambar toilet buat masa ni pasal ada masalah teknikal. Lagipun I tak tau macam mana nak amek mood untuk menulis dalam blog ni. Hehe. Rasa macam kekok pula nak cerita pasal deco-deco :) Tapi, walau macam mana pun, hari ni I ada nak share sesuatu.

I nak tunjuk kawasan laundry I, tapi I segan lah. Setelah I susun-susun sabun dan pelembut tu semua pun masih nampak tak kemas jugak sebab I susun atas lantai je. Jadi, I nak cari rak beroda macam kat gambar bawah ni. Xora kata dia beli kat Cosway. Tapi jenuh I pusing Cosway tak jumpa bendanya.

credit: Rumah Xora

Esok boleh cuba cari lagi kot; since Reen pun kata ada.

credit: Rumah Reen

Tapi kekadang bila difikirkan, harga rak beroda ni kat kedai plastik (yang bukak khemah kat padang lepas tu jual barang-barang plastik - dulu ada satu kat area bank kat Bangi, kalau kat Serdang tu kat padang depan BanSoon) mesti lagi murah. 

Oh mengapakah saya ada penyakit itu. Bila duduk di rumah, dah set dalam kepala memang nak beli barangnya. Tapi apabila sampai di kedai, rasa macam ada tempat lain yang jual dengan lebih murah. Padahal memang asalnya dah bulat tekad masa asyik buat research kat rumah. Mungkin tekadnya hanya sebulat sebiji belon. Luar je bulat, dalam angin je. Huh. 

Ubat untuk orang macam I ni, duduk rumah, kemudian minta orang lain belikan. Barulah duitnya tak banyak habis. Tapi husband dah cakap awal-awal yang dia tak pandai nak membeli benda-benda macam ni. Barang dia, pandai pulak dia cari walaupun lebih kurang je. Agagaga.

Hm, jadi ultimately I nak storage macam bawah ni. 

credit : link

Ni storage untuk barang makan, tapi konsep dia sama kan. Hehe.

credit: link

Nampak sangat kemas, kan?

Tapi kalau benda-benda macam ni, husband mesti gula-gulakan I dengan ayat, "Rumah kat kampung nanti kita buat, ok. Kat sini kita buat yang basic-basic je." I abaikan ayat pertama, redha dengan ayat kedua je.  

Oh ya, bercakap pasal ruang penyimpanan sabun, terfikir juga tempat untuk letakkan penyapu & mop semua tu. Seriously, I would be hoping for a simple slim cabinet macam ni.

credit: kmart

However, being a realistic person, most prolly I would have to opt for these ideas.



Tak la cantik sangat sebab boleh nampak penyapunya. Plus kepala penyapu ke atas tu memang bukan kesukaan I. No no no. Susah sangat, ikat tali rafia ke batang penyapu, lepas tu sangkutkan ke dinding. Like Mum & Mak have been doing for ages. Senang! Haha.

K la
Till then

Take care ya,
Daa~

Saturday, January 5, 2013

Bebel-bebel si acik cafe :)

as-salam
hye there

Dah lama juga ya I tak tulis apa-apa dalam blog ni. Maafkan saya :)

Sebetulnya I nak cerita pasal grill rumah. tapi I takut nanti I expose ciri-ciri keselamatan rumah I pulak. Jadi cerita itu ku peram sahaja. Hee.

Hmm, berita best (untuk kami) rumah (house) ni dah macam rumah (home) dah sekarang~ Yippee! Maksud I, barangan dah cukup, Alhamdulillah. Cuma nak maintain je la. 

I think my next entry would be about my toilet restroom. Sekarang kena tunggu sekejap sebab Husband I sedang dalam proses nak siapkan projek "water heater installation". Sebetulnya dia yang suka water heater tau, tapi selalu mengambinghitamkan I. wuwuwuww T_T So far I layan je. Ala, last-last I yang dapat kebaikannya, ape la sangat setakat sakat camtu. Ellehhh~ 

Husband I memang suka DIH (do it himself. Voleyyh?). Upah minimal - air nescafe free flow. Ikut je la nanti, nescafe kaw ke, nescafe o nipis ke, nescafe biasa-biasa je ke. Haha, kadang-kadang terasa macam acik cafe (read: makcik-makcik yang meniaga di cafe/restoran/kedai kopi) je. Rasa kelakar pun ada :)

Eh, sedar tak sedar sekarang dah pukul 4 lebih dah. Tengok Running Man tadi. Ralit pulak. hehe.

Ok lah.
Till my next post.
Daa~