assalamualaikum
hye there
Ok. Semangat pula nak menaip lagi sekarang.
Perihal rumah di utara sudah pun kami jual. Dapat untung juga. Kami nak gunakan untuk buat modal bayaran muka rumah baru.
Setelah berpindah ke Seremban tempoh hari, kami tinggal di rumah Mertua I di Jelebu selama 2 bulan. Selepas itu kami dapat pindah ke rumah sewa di Senawang. Kadar rumah sewa yang minima (RM300) membuatkan kami berpuas hati walaupun saiznya agak kecil terutama apabila saudara-mara datang melawat. (sekiranya hanya kami berdua, rasanya memang sedang elok saiznya tu. :) )
Pencarian untuk membeli rumah sendiri kami teruskan selepas kami mendapat duit hasil jualan rumah. Ada beberapa buah rumah yang suami I berkenan sangat. Tapi disebabkan pada masa tu kami tak ada bajet, maka kami terpaksa 'menutup mata' dengan tawaran yang ada. Rugi juga sebab ada sebuah rumah yang mempunyai kawasan halaman dan keliling yang luas, berharga dalam RM200,000. Pada zaman sekarang ni, harga macam tu memang sangat berpatutan dengan keluasan rumah tersebut. Namun rezeki untuk rumah itu tak berpihak kepada kami.
---
Dipendekkan cerita, sekitar awal bulan Mei kami ternampak iklan untuk rumah dua tingkat pada bunting yang dipasang sepanjang jalan pulang dari pejabat. Kami pergi ke galeri pemaju dan berkenan dengan sebuah rumah dua tingkat end lot. Jadi proses pun bermula.
Kami diminta untuk menyediakan
1- salinan kad pengenalan
2- slip gaji 3 bulan terkini
3- EA form
4- penyata kwsp selama 2 tahun terkini
5- sebarang pelaburan lain - asb muka surat depan dan bahagian yang menunjukkan deposit faedah tahunan
sebanyak 4 salinan sebab pemaju baik hati nak hantarkan kepada bank-bank Maybank, BSN, Bank Islam, Public Bank.
Nak cerita pasal loan ni kemudian lah.
Till then.
Daa~
Daa~
No comments:
Post a Comment